Tidak adil. Banyak sangat perkara yang bukan pada tempatnya, bukan.
Agak lama jugaklah saya biarkan diri saya dalam mimpi. Memang, kalau boleh saya teringin sangat untuk menjadi sebahagian daripada dunia seni yang serba indah ini. Yet, however, even so, namun begitu, tidak adil buat mereka yang belajar seni betul-betul. Yang ambil masa SPM (saya tak sanggup nak belajar kerana degil, suka ikut kepala sendiri) dan yang graduate sampai dapat master dan Phd.
Tidak adil agaknya untuk saya menyibukkan diri dalam dunia mereka. Sedangkan saya ni, hanya tahu bermain warna dan perasaan sahaja.
Menerima hakikat. Saya ni pelajar ekonomi...sudah masuk tahun tiga, lagi seminggu nak masuk kelas, dalam bahasa Arab kesemuanya. Masa depan saya dengan duit, kewangan dan masalah perbankkan. Kata dunia, itu tempat saya. Berlakulah adil pada diri sendiri.
Ikan Kaloi *cubaan*
Bayang2 Rama2 I
"Ride like the wind!"
Stencil Art 2
Mainan warna
Bayang-bayang Rama2 II
Masa depan graf dan check bank, tetapi warna warni sikit takpe kan?
Hati mana yang sanggup berada di tempat yang tidak sepatutnya? Be fair to me, please.






0 comments:
Post a Comment